I'm Not That Type of Girl part 1 (bab 2)
Sunday, 16 September 2012 | 02:30 | 0 Words
"Are you serious? Ni je markah kau?" tanya Aisya kepada Arif. "Kenapa you kasar sangat? Honey?" kata Arif memandang Shahira penuh makna. Tangannya menggenggam jari jemari Shahira. Shahira menjeling. Tangan Arif dilepaskan. Pandangan Shahira tertumpu pada kertas peperiksaan Arif. Shahira memuncungkan bibirnya.
"Okey lah. Nanti saya belajar elok-elok ya?" janji Arif. Tapak tangannya mengusap kepala Shahira. Shahira melihat muka Arif penuh harapan. Shahira mula tersenyum. Arif bingkas bangun dari kerusinya. Melihat senyuman Shahira, Arif lebih mendekati Shahira. Shahira memandang aneh. Arif tersenyum lantas mencium pipi Shahira. Shahira ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga. Pipi Shahira merona merah. Lama kelamaan Shahira mula tersenyum sendirian.
***
Aisya melihat telefon bimbitnya. "Tak ada tweet? Aneh!" Aisya mencebik. Lelaki yang kini menjadi kawan sibernya tidak memberi sebarang tweet pula hari ini.
"Aisya! Sabrina datang ini," teriak Makcik Alia. "Sabrina? Buat apa minah tu datang pula?" tanya Aisya dalam hati. Malas berfikir panjang, Aisya berlari anak menuruni tangga rumahnya. Kelihatan Sabrina tersenyum seribu satu makna.
"Jemputlah masuk Sabrina," kata Makcik Alia. Sabrina tersenyum. " Lama Sabrina tak datang sini. Rumah ini, tak banyak berubah pun," malas mendengar kata-kata ibu saudaranya, Sabrina terus naik ke bilik Aisya membiarkan Makcik Alia mengomel sendirian.
Pintu bilik Aisya dikuak. "Kau nak apa Sabrina?" tanya Aisya sambil matanya melirik ke arah Sabrina. Pandangan kurang menyenangkan dilempar ke arah Sabrina. Sabrina tersenyum. "Aisya Arlisha cantik nama tu. @I_Latern, nama samaran yang cantik sekali. Puas?" Sabrina berbasa-basi. "Tak perlulah kau putar belit Sabrina. Terus terang je la, boleh tak?" Aisya malas mahu melayan.
"Aku cuma nak tanya, puas ke?" tanya Sabrina mengulangi soalan sebelumnya. " Apa yang puasanya? Eh, kalau kau cuma nak sakitkan hati aku, keluarlah!" Aisya berang. Sabrina mendekati Aisya. Pantas sahaja tangan Sabrina menarik kolar baju Aisya.
"Kau boleh buat tak tahu pula ya?Aku rasa kau kenal @Fake_Linkin kan? Jauhkan diri kau daripada dia! Dia milik aku, faham?" kata Sabrina separa membisik di telinga Aisya.
"That boy, boyfriend kau ke?" Aisya terkejut lantas tersenyum sinis serta-merta. "Dia buat kesilapan bercinta dengan kau," bisik hati Aisya.
"Sabrina! Aisya! Apa kamu berdua buat dekat atas? Mari la turun makan tengah hari sama-sama." laungan Makcik Alia kedengaran. Dengan segera Sabrina melepaskan kolar bajunya Aisya. Dibetulkan rambutnya agar tidak kelihatan cacat sekalipun. Mereka bergegas turun dengan bara api masih menyala di dalam dada masing-masing.
"Sabrina, kamu nak makan sekali? tanya Makcik Alia. "Tak mengapalah makcik . I've lots of work to do,"
tutur Sabrina cuba bersopan. "Cepat betul bertukar menjadi malaikat." bisik Aisya. Sabrina menjegilkan matanya.
tutur Sabrina cuba bersopan. "Cepat betul bertukar menjadi malaikat." bisik Aisya. Sabrina menjegilkan matanya.
***
"Naega chea challaga," kedengaran muzik telefon bimbit Sabrina berbunyi. Sabrina memeriksa telefon bimbitnya. Nama Jefri tertera di skrin. Sabrina mengagkat telefon bimbitnya. Hatinya tak keruan. " Aku jawab je lah," ibu jari Sabrina menekan butang hijau.
"Kau nak apa?" tanya Sabrina kasar. "Rilekslah. Kau sendiri suruh aku telefon kau," jawab Jefri tenang. Sabrina terdiam sebentar. Cuba mengingati kejadian sebelum ini.
"Kau nak teruskan rancangan kau?" tanya Jefri. Sabrina tersenyum sendirian. " Sabar. Nanti aku inform kau." kata Sabrina, mengakhiri perbincangan mereka.
Labels: novel