I'm Not That Type of Girl part 1/6 (bab 1)
Friday, 14 September 2012 | 23:19 | 0 Words
“Huh..” keluh Aisya. Entah kenapa hari ini Aisya rasa letih semacam . “Aisya!” kedengaran Ibu Maryam memanggil Aisya. “Kenapa dia ini tak boleh kasi aku rehat sikit?” desis hati Aisya.
“Hei! Pekak ke apa? Aku panggil tak reti nak jawab?” tempik Ibu Maryam. “Saya..,”. “Saya apa?Ni baju ni, bila nak basuh? Dapur belum di mop lagi, apa nak jadi dengan kau ni? Makin naik lemak ya?” smabung Ibu Maryam. Aisya mengangguk faham. Ibu Maryam yang tidak berpuas hati dengan jawapan Aisya, mula bertindak ganas. Rambut ikal mayang Aisya ditarik. Ibu Maryam menolak Aisya sehingga terjatuh ke lantai. Ditendangnya pula. “Lain kali, jangan buat bodoh saja bila aku panggil,” tempik Ibu Maryam lagi.
“Apa ni?Ada apa?” Tanya Encik Halim. “Honey, there is nothing. Cuma Aisya tadi terjatuh kat lantai. I marah dia sebab cuai. Kan Aisya?” pantas Ibu Maryam memberi alasan. Matanya dijegilkan kearah Aisya. Aisya hanya mampu menahan perasaan.
“My honey, Aisya,better you go upstairs rehat. Okay?” kata Ibu Maryam bermanis muka. Aisya mengerti isyarat yang diberikan oleh Ibu Maryam. Aisya berlalu pergi. Malas menghadap muka berkedut itu lama-lama.
***
Aisya mencapai album gambar yang sudah lama disorok tanpa pengetahuan Ibu Maryam di bawah katilnya. Diselak halaman album itu satu persatu. Mata Aisya terpaku pada sekeping gambar. “Ibu, ayah bila kita boleh berjumpa? Aisya rindu ibu dengan ayah. Kenapa ibu dengan ayah pergi tinggalkan Aisya begitu sahaja?” air mata Aisya menitis perlahan-lahan ke atas pipi.
“Ayah, ibu.. Aisya tak mahu tinggal dengan Ibu Maryam. Dia jahat! Nasib baik Pak cik Halim ada. Dia saja yang sayang Aisya. Ibu, ayah.. Aisya takut tinggal dekat sini,” kata Aisya sambil menangis teresak-esak.
***
“Tok, tok, tok..,” kedengaran bunyi pintu diketuk-ketuk berkali-kali. Aisya segera mengusap air matanya yang bercucuran di pipi. “Siapa tu?” suara Aisya tenggelam timbul. “Do I need to tell you who I am? This is my room! You need to thanks me at least,” kata seorang perempuan. Sah! Itu memang Sabrina. Sepupu Aisya yang tidak pernah menyukai Aisya. “Buka pintu ni sekarang!” jerit Sabrina.
Kedengaran bunyi tombol dipulas. “Aku dah kata buka pintu tapi kau degil. Nasib aku baik sebab ada benda ni,” kata Sbrina. Sebentuk anak kunci ditunjukkan kepada Aisya. “Kenapa lambat sangat nak buka pintu ni?” gertak Sabrina.
“Saya baru nak pergi ke sana,” jari telunjuk Aisya melunjur kearah pintu biliknya. “ Alasan,” cebik Sabrina. “ Kau masuk ke dalam rumah ni pun atas ehsan ayah aku tahu tak?” kata Sabrina sambil tersenyum sinis. Aisya berwajah sugul. “Tak perlulah buat muka macam tuh,” kata Sabrina. “Aduhai nenek ni… aku sabar je dari tadi,” bisik hati Aisya.
Secara tiba-tiba kelihatan kepala Encik Halim dijengukkan ke dalam pintu. “ Ada apa ni?” sapa Encik Halim. “ Nothing Daddy! I jhust asking her if she want to accompany me to go to shopping complex tomorrow,” jawab Sabrina tanpa tersekat-sekat. “Anak dengan mak sama je,” Aisya bermonolog dalam hati sambil matanya memandang kearah Sabrina.
“Betul ke ni Aisya?” Tanya Encik Halim. Mata Sabrina yang bulat dijegilkan kearah Aisya. “ Su..sudah tentu pak cik,” jawab Aisya acuh tak acuh.Ikutkan hatinya mahu sahaja dijawab tidak. Encik Halim tersenyum berlalu pergi.
“Kau ni memang tak reti berlakonkan?” marah Sabrina. “Wei, Mak cik! Aku tengah berlakonkan sekarang ni!” jawab Aisya. “ Hei!” Sabrina mula hilang sabar. “Sabrina, Aisya sudah! Makin lama pementasan drama kamu makin tersimpang jauh dari jalan cerita sebenar. Markah kamu hanya dapat 50 daripada 100.” Kata Cikgu Fatma.
“You make me look worst!” Sabrina meniggikan suara kepada Aisya. “ I’m glad you saya that. I do it on purpose.” Jawab Aisya meletakkan lagi minyak keatas bara api yang sedang marak. “ Sudah!” kata Cikgu Fatma. Aisya dan Sabrina menundukkan muka mereka yang kemerahan.
“Nah, makan ais ni! Sembuhkan lara di hati,” kata Arif dan Shahira yang memegang watak sebagai Encik Halim dan Ibu Maryam. Sabrina dan Aisya memandang tajam. Puas dengan riaksi yang diberikan Arif dan Shahira bertepuk tangan.
“Sudah la tu.. Duduk tempat masing-masing.” Kata Cikgu Fatma. Keempat-empat orang itu akur. Arif dan Shahira masih lagi ketawa tetapi dalam nada yang lebih perlahan.
***
P/s: camne? suka tak??kalau suka ikuti cerita I'm Not That Type of Girl 2/7 pada masa kan datang ok?Support saya selalu. Thanks sebab nak baca novel online Adlina ni.. <3